Inginkan Ruang Bergaya Moden Elegan

Persona keindahan kediaman milik Puan Rahimah, berlokasi di Tijani Ukay, Ampang.

Ruang tamu diadun sempurna, susun atur dan pemilihan perabot yang praktikal bermain palet warna natural.

Di kepung kehijauan dengan persekitaran bertemankan suasana alam, dilengkapi kolam buatan yang menyuntik damai, tersergam indah seni bina banglo di bawah pembangunan hartanah Tijani Ukay. Mengintai banglo milik Puan Rahimah tersergam indah yang menawarkan keseimbangan moden dan ketenangan yang sempurna, selain strategik berdekatan pusat bandar Kuala Lumpur.

Ruang makan bermain rona alami, menggabungkan pilihan perabot daripada material kayu dan batu marmar.

Kediaman dilatari warna putih yang mendominasi menyuntik impak moden malar segar. Ruang tamu mempamerkan susun atur perabot dalam gaya konvensional. Lapang dan bergaya kasual, pereka dari IDW mempertaruhkan percampuran material kayu dan bata untuk penampilan kemas dan menarik. Pemilik Infineon persembahan ruang moden, kemas dan tidak begitu menonjolkan perincian dan aksesori yang berlebihan.

Rekaan kabinet dapur bermain rona biru untuk menyuntik gaya lebih elegan, selain mencipta ruang lebih menonjol berbanding ruang bertentangan.

Titik fokal ruang kamar direalisasikan indah dengan rekaan panel dinding di bahagian kepala katil.

Menyuntik aura positif dengan peletakan feature wall matahari terbit selain mencipta mood damai dan Tentang dengan pilihan material alami yang mendominasi.

Binaan potent yang turut berfungsi sebagai ruang bacaan direka dengan sentuhan moden.

IDW Design
Explore
Drag