Bagaimana Membina Mahligai Impian?

Legasi IDW – IDr Lokman Hakim & IDr. Rabiatul Adawiyah 

Pereka duo yang menerajui legasi IDW Design & Build untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman memiliki mahligai impian.

Membina dimensi baru dalam dunia dekorasi, IDW Design and Build terbentuk daripada minat, cita-cita dan tekad pengasasnya, IDr Hj. Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr Hjh. Rabiatul Adawiyah Rasol melestarikan impian. Berpengalaman lebih 14 tahun dalam industri reka bentuk dan rekaan kediaman serta komersial, pasangan ini sangat menitikberatkan fungsi, perhubungan dan timeless dalam melihat dan menilai sesebuah rekaan. 

Pereka duo tersohor ini telah menyiapkan projek-projek kediaman dengan sentuhan magis tersendiri yang kini semakin kukuh membina empayar dekorasi. Dari aspek kreativiti, IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah percaya bahawa reka bentuk bukanlah terhad hanya kepada kos atau gaya reka bentuk tertentu. Mereka percaya proses reka bentuk adalah pengalaman kreatif, di mana keaslian dalam mencipta interaksi emosi antara manusia dan ruang, dalam masa yang sama memenuhi keperluan praktis pemilik kediaman.

Permulaan kembara IDW dalam industri reka bentuk dan hiasan dalaman

IDr Lokman Hakim mengharungi pelbagai cabaran dalam mencipta nama IDW dan kekal sebagai jenama interior design yang dipercayai di Malaysia.

Bermula membina IDW pada tahun 2007 ketika masing-masing berusia 21 tahun setelah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Mengimbau perjalanan kerjaya pasangan ini, ketika dilamar projek pertama, Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan masih belum memiliki ruang pejabat rasmi untuk menguruskan proses reka bentuk, malah belum mengikat hubungan bersama Rabiatul.


IDr Rabiatul Adawiyah perlambangan ikon wanita kental dalam mendepani pelbagai cabaran sebagai wanita yang menerajui industri reka bentuk.

Setelah menyelesaikan projek pertama yang memakan masa hampir setahun dan menjadi penanda aras serta hala tuju perjalanan kerjaya mereka, secara rasmi pasangan ini mula menyewa kawasan pejabat di pusat komersial Shah Alam bermodalkan RM70k termasuk proses pengubahsuaian. Penghargaan buat ayah Rabiatul Adawiyah secara konsisten membantu mereka dalam proses pengurusan perniagaan sebagai permulaan legasi mereka dalam mencipta nama dalam industri.

Falsafah reka bentuk, visi dan misi

IDW menerapkan falsafah reka bentuk dalam menafsirkan keperluan pelanggan untuk melestarikan kediaman impian. Setiap rekaan diterjemah untuk membangkitkan emosi melalui eksperimen reka bentuk, selain bersatu dengan elemen bahan, ruang dan stail. 

IDW komited dalam menjelmakan keindahan ruang dan mengubah gaya hidup 1 juta pemilik kediaman menjelang 2030. Etos IDW terarah mencapai identiti dalam reka bentuk bespoke, pengurusan projek yang sempurna dan kepuasan maksimum setiap pelanggan.

“Kejayaan kami adalah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, berteraskan solusi reka bentuk secara berterusan, selain kredibiliti dalam pengurusan projek profesional, yang memastikan IDW kekal dominan dalam industri reka bentuk dan hiasan dalaman.”- IDr. Lokman Hakim

“Kami terinspirasi untuk mencipta ruang yang selesa dan praktikal, sarat elemen reka bentuk menggunakan kreativiti yang diterjemahkan sebagai paksi dalam rekaan. Kediaman adalah simbolik persona diri sejati. How you value yourself is how you value things you buy. Dengan hanya sedikit pelaburan bakal merealisasikan dan mencipta mahligai impian.” IDr Rabiatul Adawiyah.

DNA rekaan dan nilai estetika

IDW menawarkan kualiti asas reka bentuk, mengalirkan DNA tersendiri untuk disuntik ke dalam visi setiap rekaan. Selain mencipta keseimbangan dalam pembentukan dan kesempurnaan sesebuah ruang.

Rekaan IDW adalah dirangsang untuk mecapai tingkat tertinggi keperluan dan kepuasan pelanggan. Malah peka dengan keseimbangan atas landasan kepercayaan dan pemahaman dalam proses mereka bentuk yang menepati keperluan setiap klien. Di IDW, amat penting untuk mengambil input daripada klien kerana ia menentukan hala tuju reka bentuk dan kejayaan perancangan sesebuah ruang.

“Kami sentiasa bersemangat, terpesona dan versatil tentang reka bentuk; yakni mencipta semula penyelesaian reka bentuk dan apabila berkemungkinan, kami mencari jalan untuk kekal dalam trend, bergerak seiring teknologi baru,” IDr Lokman Hakim.

Bina Impian Bersama IDW

Pereka duo ini percaya, identiti rekaan dan membina jenama yang kukuh mengambil masa untuk meyakinkan setiap klien dengan hasil sentuhan yang bakal menjelmakan keindahan. Dari pelbagai gaya, sama ada moden, kontemporari, klasik atau minimalis, paling penting adalah gaya pilihan yang menjadi perlambangan cita rasa dan gaya hidup pemiliknya.

Bersama IDW dalam menikmati pengalaman kembara ke dunia dekorasi. Bermula dengan impian, menggarap idea, seterusnya diterjemahkan secara realiti yang menzahirkan estetika lebih tinggi untuk kesempurnaan ruang. Cipta kegembiraan untuk menjelmakan kediaman serba sempurna, hasil sentuhan karya pereka duo – IDr Hj. Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah bersama legasi IDW Design and Build.

Klik link di sink untuk lebih banyak pilihan rekaan

IDW Design