Perincian Wainscoting Masihkah Relevan?

Rekaan dinding berpanel atau wainscoting telah mendapat perhatian sejak tahun 2018 lagi. Pemilik kediaman boleh memilih reka bentuk dan jenis panel mengikut cita rasa dan bajet. Panel wainscoting boleh dibentuk daripada kayu padu, potongan kayu atau dari bahan plaster. Biarpun teknik ini sinonim dengan gaya dekorasi Eropah dan Inggeris, teknik wainscoting menjadi pilihan untuk memberikan rasa kontemporari dan penampilan elegan pada ruang kediaman.

Ruang Tamu

Ruang paling dominan menonjolkan rekaan wainscoting untuk menambah persona ruang. Untuk idea lebih segar, gabungkan rekaan wainscoting dengan pilihan karya seni atau wallpaper.

Tentukan jika anda mempunyai tujuan tertentu contohnya ilusi ruang lebih luas atau memberi efek siling lebih tinggi. Anda boleh bereksperimen dengan pemilihan warna untuk menaikkan lagi seri wainscotting anda.

Dapur & Ruang Makan

Praktikal untuk ruang kediaman yang terhad seperti apartmen dan kondominium, teknik dinding berpanel  adalah antara idea untuk menaikkan seri di ruang ini.

Anda hanya perlu meletakkan pada bahagian tertentu mahupun separuh dinding sahaja contohnya di ruang makan. Manakala untuk ruang dapur pastikan ia senada dengan rekaan kabinet yang anda terapkan.

Kamar Beradu

Untuk mereka yang mempunyai ruang kamar beradu yang luas, penggunaan panel ini mampu memberikan rasa mewah dan elegan pada ruang. Pastikan tema dekorasi serasi dengan teknik untuk memastikan ia tidak janggal.

Seperti di ruang dapur, jika anda mempunyai kabinet dan almari di sini, ia perlu direka untuk melengkapi keseluruhan rasa pada ruang ini. Tetapkan juga kedudukan kepala katil selain rekaanya agar nampak lebih sempurna di kamar beradu anda.

Selain rekaan panel dinding, terdapat juga faktor lain untuk membentuk ruang kamar personal tampil lebih bergaya. Idea Mencipta Kamar Beradu Ideal

Untuk lebih banyak inspirasi reka bentuk kediaman menarik hasil sentuhan IDW Design & Build

IDW Design
Explore
Drag