Kebimbangan Melantik Pakar Dekorasi?

Kenali 3 Masalah Utama dan Solusinya

Apabila tiba masa untuk mengubah suai kediaman baru atau ruang komersial, ramai yang masih teragak-agak untuk melantik seorang pereka bentuk dalaman profesional. Berikut mungkin masalah yang pernah anda alami atau menghantui anda secara peribadi.

• Anda tidak cukup MASA untuk menguruskan sendiri proses renovasi?

• Anda pernah ditipu dan FOBIA berhadapan dengan pakar/ pereka bentuk?

• Anda pernah berdepan dengan KONTRAKTOR yang mendatangkan pelbagai MASALAH?

Jika semua kebimbangan ini berlegar di fikiran, anda tidak keseorangan. Tidak dinafikan, dengan adanya kemudahan carian Google, kita sendiri boleh menghias ruang dengan mudah tanpa khidmat atau rundingan daripada pereka bentuk dalaman. Justeru, kenapa anda masih memerlukan khidmat pakar dalaman?

Berikut solusi dan cadangan tentang kepentingan melantik pereka bentuk dalaman bagi projek ubah suai ruang anda.

  1. Menjimatkan masa – Sebenarnya pereka bentuk sangat membantu dalam merancang dan membuat keputusan lebih baik bagi mengelakkan daripada berhadapan masalah yang melibatkan tambahan masa dan juga peningkatan kos yang ramai di kalangan pemilik tidak sedar.
  1. Solusi komunikasi yang rumit – Dengan mempunyai hubungan yang baik, pereka dapat memberikan pulangan kepada setiap nilai yang dikeluarkan. Malahan dapat mengatasi masalah fobia jika pernah ditipu pereka terdahulu. Seterusnya mengelakkan sebarang ketidak sefahaman berlainan kontraktor yang berkemungkinan menjejaskan proses kerja dan hasil.
  1. Visual yang jelas – Tidak perlu risau sama ada seorang pereka dalaman mampu berkomunikasi mengikut cita rasa anda secara baik atau tidak berkaitan rekaan dalaman. Seorang pereka dalaman mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk mengambarkan secara visual tentang idea-idea kreatif anda kepada satu pelan lakaran termasuk rekaan 3D sambil mengekalkan fungsi ruang dan praktikaliti.
IDW Design
Explore
Drag