5 Langkah Perlu Tahu Tentang Rekaan 3D

Mencipta Kualiti dan Ketepatan Visual

 

Adakah anda merancang untuk menambah keluasan ruang sedia? Atau mungkin baru sahaja berpindah ke rumah baru dan merancang untuk mengubahsuai ruang kediaman?

Tidak kira apa juga perancangan renovasi ruang kediaman, anda pastinya ingin setiap idea dapat direalisasikan dengan sempurna. Di sinilah peranan yang  paling tepat untuk mendapatkan idea secara visual melalui lakaran 3D.

Tujuan utama visual 3D reka bentuk dalaman adalah untuk mendapatkan gambaran objek atau ruang dari perspektif yang berbeza. Untuk mencapainya, kepakaran pereka 3D menggunakan perisian khusus dalam mencipta perspektif ruang geometri, menambah penggunaan material, mencipta elemen pencahayaan semula jadi atau buatan, bahkan merangkumi kesan persekitaran  (misalnya pemandangan dari tingkap) dan memastikan rekaan ruang menyerupai tekstur kehidupan sebenar.

Chief Design Officer dari IDW Design and Build, Izzudin Noriham berkongsi  kepakaran dalam proses menghasilkan rekaan visual 3D terbaik.

Langkah Pertama: Membuat model geometri atau 3D

Anda perlu mengetahui ketepatan ukuran ruang dan setiap objek di dalam bilik sebelum mula membinanya. Objektif utama visual 3D adalah untuk menunjukkan semuanya dalam skala yang tepat, seperti yang sebenarnya. Manfaat menggunakan dimensi yang tepat ialah anda lebih yakin bahawa objek tidak hanya sesuai tetapi juga setanding dengan ruang.

Langkah Kedua: Material dan tekstur

Untuk menjadikan ruang dalaman kelihatan realistik, anda perlu menambahkan bahan dan warna seperti yang terdapat dalam spesifikasi. Perisian 3D membolehkan anda memilih bahan yang tepat untuk keseluruhan ruang dalaman. Malah dengan terhasilnya rekaan 3D, anda dapat melihat bagaimana bahan yang berbeza berinteraksi dengan sumber cahaya.

Langkah ketiga: Pencahayaan

Salah satu ciri utama dari program reka bentuk 3D adalah, ia memastikan elemen ‘build in’ sumber cahaya. Ia boleh memasukkan cahaya matahari atau pencahayaan buatan pada waktu malam. Anda boleh membuat dua versi untuk menunjukkan bagaimana ruang yang sama kelihatan berbeza pada waktu yang berlainan dalam sehari.

Mengapa elemen cahaya sangat penting? Hanya cahaya semula jadi yang menjadikan gambar kelihatan realistik. Ini mewujudkan kedalaman, kecerahan dan membentuk bayang. Secara digital, kesan cahaya harus disesuaikan dengan betul untuk memastikan gambar kelihatan realistik.

Langkah Keempat: Menempatkan kamera maya

Kamera membolehkan anda mengambil gambar ruang dan menghasilkan video. Kamera mempunyai tetapannya sendiri, di mana anda boleh memilih kualiti, ukuran dan kesan yang berbeza untuk setiap gambar.

Langkah Lima: Rendering

Rendering adalah proses mentransformasikan rekaan ruang 3D kepada imej foto atau video 2D. Ini harus dilakukan setelah langkah pertama hingga keempat selesai. Dengan adanya teknologi baru, anda bukan sahaja boleh menghasilkan gambar 3D dan video ruang interior tetapi juga panorama 360, 3D tour dan pengalaman VR.

Perlukan bantuan profesional? Kongsikan idea anda bersama pakar reka bentuk dalaman dari IDW Design & Build dengan menempah konsultansi reka bentuk dalam talian untuk proses transformasi mahligai idaman.

IDW Design
Explore
Drag