3 Material Countertop Dapur Terbaik

Marmar, Granite atau Kuarza?

Keseimbangan antara ketahanan, estetik dan kos adalah faktor utama dalam menentukan material terbaik untuk countertop dapur. Pastikan pilihan material ini juga praktikal dan tahan lasak untuk jangka masa panjang.

Granite

Diperbuat daripada batu padu dan asli, granite sentiasa menjadi pilihan dan merupakan material permukaan kaunter yang lebih digemari kerana ia padu, tahan lama dan tahan lasak. Oleh kerana ia diperbuat daripada batuan semula jadi, tidak akan ada dua kepingan granit yang sama dan keunikkannya adalah elemen penambah nilai untuk keseluruhan reka bentuk dapur. 

Granite merupakan material tahan panas, dan tahan lasak; yakni tidak mudah pecah, tahan calar atau retak dengan secara tidak sengaja. Walaupun terdapat banyak pilihan warna untuk granit, ia tidak sebanyak kuarza. Bagi mengekalkan kelanjutan usia granit, anda perlu menyapukannya dengan pembersih khusus untuk granit, namun tidak sekerap yang perlu untuk marmar. Pilih granit untuk permukaan kaunter dapur menonjolkan lebih rupa batuan semula jadi, namun tidak semahal marmar atau kuarza.

Ketahanan 4/5 , Estetik 4/5   

Marmar

Selain daripada tekstur dan rupanya yang trendy dan elegan, kebanyakan orang tertarik pada ira dan corak yang terbentuk pada batuan ini. Sama seperti material granit, anda tak mungkin akan dapat dua corak yang sama. Batuan semula jadi ini benar-benar akan menyerlahkan penampilan dapur, terutamanya apabila dipadankan bersama reka  bentuk kabinet dengan  padanan warna yang sama.

Bagaimanapun, berbeza dengan granite, marmar tidak begitu tahan lasak. Ia lembut dan poros, justeru perlu lebih kerap disapukan pengedap atau cecair pentagram khusus bagi melindungi bahagian permukaannya daripada rosak. Sedikit kesilapan ketika melakukan rutin memasak di dapur, akan meninggalkan kesan calar dan terus kekal pada permukaan kaunter dapur anda. Cecair juga akan meninggalkan kesan yang kekal jika tidak dibersihkan dengan segera. Pilih marmar jika anda merupakan peminat tegar ira batuan bercorak unik yang hanya ada pada marmar, tetapi berhati-hati dengan permukaannya yang poros.

Ketahanan 3/5, Estetik   5/5

Kuarza

Tidak seperti material granite atau marmar, kuarza terhasil daripada campuran beberapa bahan seperti resin, granite, marmar atau kaca pecah. Campuran kristal kuarza ke dalam bahan menjadikan kecantikan permukaan kaunter dapur anda tidak dapat dipertikaikan lagi, malahan efeknya lebih cantik daripada granit atau marmar.

Material buatan manusia ini tersedia dalam pelbagai pilihan warna dan gaya. Ia lebih tahan lasak dan tahan calar. Permukaannya tidak polos, jadi anda tak perlu bimbang tentang kesan kotoran yang akan melekat pada permukaan kuarza.

Permukaan kaunter kuarza termasuk kategori premium, justeru harga adalah setanding kualiti dan lebih mahal berbanding permukaan kaunter lain. Pilih kuarza jika bajet anda mencukupi untuk mendapatkan yang terbaik. Dengan pelbagai pilihan warna yang tersedia, anda dapat merealisasikan dapur impian.

Ketahanan 5/5, Estetik 5/5

IDW Design
Explore
Drag