Benarkah Mengupah Pereka Bentuk Memerlukan Kos Yang Mahal?

Ramai yang menyimpan impian untuk memiliki mahligai idaman. Dilema apabila berhadapan dengan kekangan bajet, mengupah pereka bentuk dalaman tentunya agak berat dan memerlukan bajet tambahan. Persoalannya berbaloikah khidmat dan kepakaran seorang pereka bentuk dalaman?

Walaupun anda memerlukan perbelanjaan tambahan, namun dalam jangka masa panjang, khidmat pereka bentuk dalaman profesional dapat menjimatkan masa, kos dan rasa kecewa. 

Seorang pereka boleh memudahkan keseluruhan proses dari awal sehingga ruang bertukar wajah. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda meneliti dan membuat sedikit research  tentang latar belakang pereka terlebih dahulu untuk lebih memahami apa yang boleh dan tidak boleh lakukan, serta senarai sebut harga yang lengkap berkaitan yuran renovasi.

Skop Projek

Sebelum memulakan perancangan renovasi, ketahui apa yang anda inginkan atau perlukan dari pereka bentuk dalaman. Ini kerana pereka akan menganalisis setiap sudut dan keperluan yang anda perlukan untuk mencipta penampilan ruang serba baharu. Seterusnya merangka konsep dan menyediakan lukisan serta spesifikasi proses kerja yang lain.

Teliti dan kenal pasti apa yang anda mahu, berapa banyak perubahan yang anda perlukan dan ingin realisasikan. Jika anda memerlukan pengubahsuaian rumit dan tidak tahu di mana untuk bermula, di sinilah kepakaran seorang pereka sangat diperlukan untuk memastikan proses berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas siap sepenuhnya pengubahsuaian ruang kediaman.

Ketahui bajet

Anggaran bajet adalah maklumat penting yang perlu disediakan sebelum mendapatkan khidmat seorang pereka bentuk dalaman. Pereka akan meneliti bajet dan kemudian menawarkan konsep, pelan reka bentuk dan perincian yang lengkap sepanjang proses pengubahsuaian dilakukan. Ini bagi memastikan pelanggan mendapat hasil terbaik daripada setiap sen yang dikeluarkan. Malah pereka akan menerangkan secara terperinci keperluan setiap bahan, material dan perubahan yang dilakukan untuk memastikan anda memahami proses kerja yang bakal dilakukan kelak.

Anggaran bajet tertentu contohnya RM100,000 untuk renovasi spesifik sesebuah ruang sangat berbeza dari RM100,000 untuk facelift reka bentuk. Kebanyakan pereka akan bekerjasama secara rapat dengan pelanggan untuk memastikan hasil yang sempurna dalam anggaran bajet anda selagi ia realistik. Mengetahui priority dan kehendak utama anda amat membantu memperuntukkan wang dengan cara yang paling berkesan kepada hasil akhir seperti yang anda inginkan.

Kos Yuran

Pereka dengan kepakaran dan khidmat yang berbeza akan mengenakan bayaran dengan cara yang berbeza, tetapi terdapat beberapa model standard untuk yuran reka bentuk. Sebelum memulakan sebarang proses kerja, pelanggan mesti menandatangani kontrak. Ini bermanfaat bagi kedua-dua pihak untuk lebih memahami syarat, kos dan sebarang garis masa yang dipersetujui. Ia juga harus memaklumkan kos yang berkaitan dengan sebarang perubahan sepanjang proses berlangsung

IDW Design
Explore
Drag