4 Tips Pemilikan Kediaman Baharu

Memiliki kediaman yang serba lengkap dan indah menjadi impian semua dari kita. Sebelum merancang memiliki kediaman, berikut beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan nilai aset setanding pelaburan yang dilakukan.

  1. Pilih jenis kediaman mengikut jumlah penghuni untuk jaminan keselesaan.
  2. Pastikan kediaman pilihan terletak di lokasi strategik, dilengkapi  jaringan lebuh raya utama, sekolah, masjid, kedai serbaneka, ruang riadah dan sistem keselamatan yang terjamin.
  3. Jika merancang melakukan renovasi, kenal pasti keperluan ruang dan fungsinya buat penghuni.
  4. Pilih pereka yang boleh bekerjasama mengikut bajet dan cita rasa anda.

Legasi Eco World – Hartanah Premium di Eco Ardence

Eco Ardence berlokasi di Setia Alam, membawa legasi Eco World sebagai sebuah syarikat hartanah unggul, terletak strategik di perbandaran matang, berdekatan dengan kemudahan awam dan lebuhraya utama.

Privasi dikepung kehijauan panorama segar, membentuk komuniti yang intim alam selain jauh dari sesak kota. Direka untuk pemilikan hartanah berkualiti bertemankan pemandangan landskap saujana mata memandang. Gabungan elemen lengkap dan tepat, Eco Ardence bakal bergelar komuniti pinggir bandar lengkap seni, budaya dan ekonomi.

Eco Ardence mengenengahkan seni bina kediaman berkonsepkan gaya hidup moden bersemi tropika selaras dengan landskap menghijau. Binaan reka bentuk kediaman menawarkan seleksi daripada jenis Garden Home dengan keluasan bermula 2403 (30’x70’) kaki persegi hingga jenis Banglo berkeluasan 4337 (56’x95’) kaki persegi, masing-masing dengan pilihan reka bentuk dan pelan lantai berbeza.

Elemen air yang membawa konsep Zen direka istimewa di perbandaran Cora ini, simbolik menterjemahkan rasa tenang dan damai yang mengelilingi rumah kelab eksklusif.

Projek kediaman yang dibina secara berperingkat mengikut beberapa fasa menyaksikan fasa pertama (Aeres) dan fasa kedua (Dremein) telah habis dijual, dan unit terhad untuk projek Nara. Kini keempat, yang dikenali Cora telah dilancarkan dan bakal menemui pembeli yang mengimpikan mahligai impian.

IDW Design
Explore
Drag