3 Legasi Hotel Mewah

Pandemik masih dirasakan. Biarpun tidak dapat menikmati percutian idaman, ilham dekorasi hotel diterjemahkan ke ruang peribadi untuk semangat kembara dirasai dengan pengalaman menyambut tetamu di setiap rangkaian hotel mewah tersohor ini. Segenap ruang dilabel stail ‘signature’ menonjolkan karakter dan identiti tersendiri. Nikmati keindahan tiga rangkaian jenama hotel mewah terkemuka dunia di dalam negara buat menyuntik ilham keindahan ruang kamar peribadi.

Anantara Desaru Coast Resort & Villa 

Anatara adalah jenama resort dan vila yang berasal dari Thailand sejak 2001, berstatus mewah dan kini sudah mempunyai cawangan serata dunia termasuklah Maldives, Mauritius, China, Cambodia, Thailand, United Arab Emirates, Malaysia dan beberapa buah negara lain. Anantara Desaru Coast Resort & Villa, Johor membuka pintu buat pertama kali pada Disember 2019. Terletak berhadapan pantai dengan keluasan sepanjang 17 kilometer menghadap Laut China Selatan. 

Ruang percutian mewah di sini menawarkan seleksi ruang penginapan seperti Premier Room, Premier Corner Room, Deluxe Sea View Corner Room, One Bedroom Lagoon Pool Villa, Two Bedroom Lagoon Pool VillaThe Three Bedroom Beach Residence dan Four Bedroom Beach Residence. 

The St. Regis Kuala Lumpur

Rekaan estetiknya yang mewah dan eksklusif, jenama ini dibuka oleh pemilik asalnya John Jacob Astor pertama kali diperkenalkan di New York pada tahun 1904 dan seterusnya melebarkan sayap sehingga kini terdapat 61 buah hotel dan resort di bawah jenama ini. 

Sebagai salah satu rangkaian hotel di bawah Starwood Hotel and Resorts, The St. Regis Kuala Lumpur dibina dalam kapasiti bangunan 21 tingkat dengan lima pilihan bilik suites iaitu St. Regis Suites, Caroline Astor Suite, John Jacon Astor Suite, Presidential Suites dan  Royal Suite Suite. Bilik suite berkeluasan 138 meter persegi terbahagi kepada beberapa ruang seperti ruang tamu, kamar beradu, ruang persalinan, kamar mandi dan ruang urutan khas. 

Four Season Kuala Lumpur

Beridentitikan imej moden, urban dan eksklusif, hotel bertaraf elit yang terletak bersebelahan Menara Berkembar Petronas KLCC terkenal dengan signatur hotel premium sarat elemen kemewahan. Hotel yang menempati bangunan setinggi 65 tingkat dengan ketinggian 343 meter atau 1125 kaki persegi menjadikan ia bangunan pencakar langit kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara KLCC dan hotel ketiga tertinggi di dunia. 

Four Seasons Kuala Lumpur di bawah rangkaian Four Seasons Hotels and Resorts pertama kalinya dibuka pada tahun 1961, oleh pemilik asal Isadore Sharp. Seleksi ruang penginapan yang direka bentuk luas dan lapang dengan sentuhan dekorasi kontemporari chic bersulam tradisi Asia tersedia dalam pilihan One Bedroom Deluxe Apartment, Club Premier Park View Room, Premier Park- View Room, Pool Garden View Room, Park View Room dan City View Room.

IDW Design
Explore
Drag