5 Idea Kamar Beradu Ideal

Ibarat Syurga Cinta

Kamar beradu ialah destinasi setiap penghuni memulakan dan mengakhiri saban hari. Ruang ini juga, syurga buat pasangan suami isteri mematri rasa. Ibarat ‘sarang cinta’, kamar beradu harus sentiasa terukir indah mempesona bagaikan di kayangan agar ikatan kasih yang dijalin kekal intim.

Faktor  terpenting dalam memastikan sarang cinta membias rasa selesa dan sempurna, pilihan warna menyuntik rasa yang luar biasa. Berikut panduan memilih warna kamar beradu:

  1. Warna Pekat – Elakkan memilih spektrum warna hangat seperti merah, oren, atau merah jambu. Seleksi warna hangat akan mengalirkan tenaga panas keterlaluan yang tidak diperlukan tubuh ketika tidur dan akhirnya ruang memberi rasa tidak selesa.
  2. Motif dan tekstur – Kemasan lembut seperti sarung bantal, cadar, langsir dan kertas dinding, buat pilihan daripada fabrik bercorak atau bertekstur, untuk impak lebih elegan dan menarik. Corak geometri, chevron dan jejalur juga sesuai mendiami ruang kamar dan terlihat lebih evergreen. Untuk lebih perincian, piping bernada polos boleh dicuba.
  3. Aura neutral – Palet alami dan semulajadi tidak pernah silap untuk apa juga ruang. Bukan sahaja menjelmakan illusi ruang lebih luas, pilihan rona natural ini dapat membantu untuk merehatkan minda dan mata melalui penyatuan skema warna senada seperti off white atau krim lembut. 
  4. Suntikan emas dan perak – Penggunaan wallpaper sarat motif bungaan bersepuh emas mahupun corak geometri berjalin perak untuk impak lebih elegan merah. Boleh juga hadirkan aksesori buatan material perak, krom atau tembaga seperti bingkai gambar, lampu meja atau kotak aksesori.
  5. Perbezaan jantina – Tidak ada spesifik warna yang mendefinisikan jantina untuk ruang personal. Dicadangkan pilihan warna selamat daripada kelompok pastel, krim dan warna-warna sejuk untuk menciptakan mood lebih istimewa buat pasangan suami isteri.

IDW Design
Explore
Drag