10 Tips Membina Kabinet Dapur Ideal

Banyak cara untuk mengemas kini dapur tanpa pelaburan besar. Hanya beberapa perubahan mudah, dapur bergaya seiring fungsi dan kegunaan efisien tercipta dalam sekelip mata.

1. Ukuran

Dapatkan ukuran tepat. Buat lukisan skala ruang dapur termasuk pelan binaan kabinet yang diinginkan. Pelan binaan kabinet boleh diperolehi melalui buku, kedai hardware dan internet. Sebaiknya ukur kayu dua kali untuk mendapatkan ukuran tepat.

2. Rancang

Ikuti langkah demi langkah rancangan yang telah ditentukan daripada awal. Sediakan pelan sokongan sebagai persediaan awal.

3. Material

Terdapat pelbagai jenis material kabinet dapur yang menjadi pilihan antaranya adalah melamin, laminate, akrilik, 3G/4G glass, uv/uvg gloss dan carbon fibre. Untuk hasil yang lebih menarik, gabungan dua jenis material yang berlainan dengan pilihan warna yang menarik akan menonjolkan lagi dapur anda.
 

4. Draf Akhir

Buat draf akhir dimensi dapur dan ukuran kabinet. Susun semula atur letak barang bagi memaksimumkan ruang yang ada.
 

5. Sumber Cahaya

Sumber cahaya yang cukup berfungsi mewujudkan ilusi dapur yang luas. Aturkan sumber pencahayaan di bawah kabinet dinding bagi memastikan kemasukan cahayayang optimum. Elak menggunakan lampu candelier.
 

6. Senaraikan Kos

Selepas menentukan jenis material dan rekaan, berikan maklumat terperinci kepada material pilihan untuk anggaran kos keseluruhan.

7. Senarai Bekalan 

Buat satu senarai bekalan yang diperlukan, termasuk dimensi tepat kepingan material agar tidak terlepas pandang, selain menjimatkan masa, tenaga dan kos binaanSeeloknya, dapatkan bekalan secara terus daripada pembekal bahan atau material bagi mengurangkan jumlah kos keseluruhan.

8. Lakukan survey

Kunjungi pembekal material atau ruang pamer kabinet dapur berhampiran agar anda boleh membuat perbandingan kualiti dan harga. Jika anda merancang untuk menggunakan pelan reka letak sendiri, anda boleh memilih jenis kayu kurang mahal. Pilih berdasarkan warna dan kemasan yang diingini. Majalah, blog, dan laman web juga boleh memperluaskan carian.

9. Soket Elektrik

Soket yang banyak sememangnya memudahkan. Pastikan jarak soket sekurang-kurangnya satu meter dari sumber air dapur.
 

10. Praktikal

 
Pastikan kabinet yang direka tidak terlalu tinggi atau rendah yang tidakpraktikal. Sesuaikan mengikut ketinggian penghuni. Elakkan juga penggunaan pemegang berskrukerana mudah patah atau tercabut.  Sebaliknya, pilih rekaan kabinet bersekali lekuk pemegang atau jenis pemegang tersembunyi.

 

IDW Design
Explore
Drag