Mengapa Perlu Khidmat Pereka Bentuk Dalaman?

Solusi buat anda yang merasa kecewa dengan pereka terdahulu, tidak ada masa menguruskan sendiri projek renovasi dan fobia bekerjasama dengan kontraktor.

Kehebatan seseorang pereka dinilai melalui kepakaran mereka dalam melakar keindahan seiring praktikaliti sesebuah ruang. Berikut antara faktor utama keperluan seorang pereka untuk merealisasikan mahligai impian anda.

1. Penilaian Kos

Adalah penting untuk setiap penilaian kos terhadap sesuatu projek reka bentuk mendapat rundingan oleh pereka. Ini penting untuk menjamin kualiti produk yang dibelanjakan adalah setara dan tahan lama.

2. Penilaian konsep

Penilaian profesional terhadap ruang melibatkan interpretasi terhadap ruang dapat dilakukan dengan sebaik mungkin mengikut kehendak dan konsep asal pemilik. Perancangan reka bentuk juga penting dalam menentukan kesesuaian ruang dapat dirancang bersama pemilik supaya ruangan dan reka bentuk terlihat lebih harmoni.

Pemilihan konsep yang tepat mencipta ruang lebih bergaya.
 
3. Penilaian Estetik

Penilaian ini menjamin nilai estetik dapat direalisasikan dengan baik dan bersesuaian mengikut kehendak pemilik. Contohnya, pemilik memberikan gambaran ruang, tetapi gambaran perlu diilustrasikan oleh pereka untuk diperbaiki mengikut keperluan konsep secara keseluruhan.

4. Penilaian Teknikal

Sesuatu projek reka bentuk, kemahiran teknikal adalah satu kepakaran yang dapat dirunding oleh pereka yang berpengalaman. Ianya juga dapat memastikan tahap teknikal seperti pemasangan dan kualiti produk dapat dijaga serta mengikut piawaian yang bersesuaian dengan mutu. Penilaian ini memberikan pemilik hak sebagai pengguna dan pereka dapat mewakili pemilik dari segi kontrak dan teknikal.

Ketelitian seseorang pereka sebelum merancang dan melaksanakan proses renovasi.
5. Penilaian Kontrak

Penilaian kontrak adalah penting di dalam kerja-kerja reka bentuk dalaman, sungguhpun nilai kontrak ini kecil mahupun besar. Kepakaran pereka adalah penting supaya pemilik mendapat nasihat dan rundingan yang terbaik di dalam melaksanakan perkara ini. Pelbagai proses yang agak rumit dan complicated dapat diuruskan oleh pereka profesional secara sistematik dan telus.

IDr. Lokman Hakim dan IDr. Rabiatul Adawiyah, Pengasas dan Pereka Bentuk IDW Design & Build.

IDW Design
Explore
Drag