5 Trend Dekorasi 2021 Menurut Ramalan Pakar

Ketahui trend dekorasi yang bakal popular sepanjang tahun 2021 menurut ramalan pakar dalam industri.

 

Estetika Indochine

Gaya interior Indochine menonjolkan perpaduan gaya yang harmoni menggabungkan elemen nostalgia, rekaan tradisional Asia bersama perincian seni bina Perancis moden dan romantis. Gaya ini diperhebat dengan ilham kedesaan, tampil klasik namun sarat inspirasi dalam penyatuan gaya. Antara elemen utama yang menyuntik sempurna gaya Indochine ini seperti paparan bahan dan material daripada sumber alami, reka bentuk perabot, padanan warna dan pilihan aksesori yang unik.

Eklektik Bohemia

Sarat nilai estetika, gaya Bohemia atau Boho menonjolkan keunikan melalui pelanggaran aturan gaya, bersifat peribadi, serta eksotik dalam mencorakkan penataan ruang. Buat yang mendambakan penataan berbeza, gaya ini tidak terhad pada satu struktur, malah lebih menampilkan eksperimen bermain dengan lapisan corak, tekstur, dan warna yang ceria. 

Gaya ini lebih bersifat peribadi dan santai, menyuntik mood riang dan unusual. Pemilihan gaya Bohemia ini tegar dalam menonjolkan karakter dan personaliti individu berbanding ekspresi atau pendapat luar. Walau bagaimanapun, jarang kelihatan elemen persamaan dalam keseluruhan persembahan dekorasi yang dianggap terlalu subtle dan membosankan.


Keunikan Japandi

Gabungan dua gaya – rasa asli gaya Jepun dan estetika Skandinavia, gaya ‘Japandi’ diramal popular dan mendominasi pilihan stail dekorasi untuk tahun yang agak suram. Suntikan gaya ini menonjolkan imej minimal, functional, hangat, menyenangkan dan hadir bersama sentuhan wabi-sabi untuk perbezaan gaya yang memukau. Gaya Skandinavia atau Nordik menambah sentuhan kedesaan yang damai dan selesa, sementara rekaan Jepun membawa palet warna dalam variasi rekaan dekorasi.


Maksimalis More is More

Konsep more is more atau lebih popular dikenali sebagai gaya maksimalis menampilkan karakter warna-warna berani, kepelbagaian pola, dan bermain kreativiti. Setiap perincian menonjolkan gaya hidup, cita rasa dan nilai sentimental yang menjadikan penataan ruang ibarat satu penceritaan sempurna.

Gaya ini juga tidak lari daripada mengagungkan nilai damai dan tenang yang menjadi kunci utama dalam gaya maksimalis. Objek-objek dekorasi seperti pilihan perabot, aksesori dan mainan warna melengkapi keseluruhan konsep. Selain menonjolkan aspek individualistik dan karakter yang lebih dinamik dan fleksibel.

IDW Design
Explore
Drag