Design Tips

Get tips & trick for Interior Design

Blog

Benarkah Mengupah Pereka Bentuk Memerlukan Kos Yang Mahal?

Ramai yang menyimpan impian untuk memiliki mahligai idaman. Dilema apabila berhadapan dengan kekangan bajet, mengupah pereka bentuk dalaman tentunya agak berat dan memerlukan bajet tambahan. Persoalannya berbaloikah khidmat dan kepakaran seorang pereka bentuk dalaman? Walaupun anda memerlukan perbelanjaan tambahan, namun dalam jangka masa panjang, khidmat pereka bentuk dalaman profesional dapat menjimatkan masa, kos dan rasa kecewa.  Seorang pereka boleh memudahkan keseluruhan proses dari awal sehingga ruang bertukar wajah. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda meneliti dan membuat sedikit research  tentang latar belakang pereka terlebih dahulu untuk lebih memahami apa yang boleh dan tidak boleh lakukan, serta senarai sebut harga yang lengkap berkaitan

Read More >>
Blog

4 Tips Pemilikan Kediaman Baharu

Memiliki kediaman yang serba lengkap dan indah menjadi impian semua dari kita. Sebelum merancang memiliki kediaman, berikut beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan nilai aset setanding pelaburan yang dilakukan. Pilih jenis kediaman mengikut jumlah penghuni untuk jaminan keselesaan. Pastikan kediaman pilihan terletak di lokasi strategik, dilengkapi  jaringan lebuh raya utama, sekolah, masjid, kedai serbaneka, ruang riadah dan sistem keselamatan yang terjamin. Jika merancang melakukan renovasi, kenal pasti keperluan ruang dan fungsinya buat penghuni. Pilih pereka yang boleh bekerjasama mengikut bajet dan cita rasa anda. Legasi Eco World – Hartanah Premium di Eco Ardence Eco Ardence berlokasi di Setia Alam,

Read More >>
Blog

3 Legasi Hotel Mewah

Pandemik masih dirasakan. Biarpun tidak dapat menikmati percutian idaman, ilham dekorasi hotel diterjemahkan ke ruang peribadi untuk semangat kembara dirasai dengan pengalaman menyambut tetamu di setiap rangkaian hotel mewah tersohor ini. Segenap ruang dilabel stail ‘signature’ menonjolkan karakter dan identiti tersendiri. Nikmati keindahan tiga rangkaian jenama hotel mewah terkemuka dunia di dalam negara buat menyuntik ilham keindahan ruang kamar peribadi. Anantara Desaru Coast Resort & Villa  Anatara adalah jenama resort dan vila yang berasal dari Thailand sejak 2001, berstatus mewah dan kini sudah mempunyai cawangan serata dunia termasuklah Maldives, Mauritius, China, Cambodia, Thailand, United Arab Emirates, Malaysia dan beberapa buah

Read More >>
Blog

5 Idea Kamar Beradu Ideal

Ibarat Syurga Cinta Kamar beradu ialah destinasi setiap penghuni memulakan dan mengakhiri saban hari. Ruang ini juga, syurga buat pasangan suami isteri mematri rasa. Ibarat ‘sarang cinta’, kamar beradu harus sentiasa terukir indah mempesona bagaikan di kayangan agar ikatan kasih yang dijalin kekal intim. Faktor  terpenting dalam memastikan sarang cinta membias rasa selesa dan sempurna, pilihan warna menyuntik rasa yang luar biasa. Berikut panduan memilih warna kamar beradu: Warna Pekat – Elakkan memilih spektrum warna hangat seperti merah, oren, atau merah jambu. Seleksi warna hangat akan mengalirkan tenaga panas keterlaluan yang tidak diperlukan tubuh ketika tidur dan akhirnya ruang memberi rasa

Read More >>

Sentuhan Ruang Kontemporari Elegan

Kumpulan pereka berbakat daripada IDW Design and Build melakarkan sentuhan hebat di kediaman milik Puan Silawati. Kekal bermain spektrum warna mewah dalam menjelmakan penataan ruang bergaya kontemporari elegan.  Warna- warna sejuk sepert hijau dan kelabu menjadi latar spektrum palet kediaman. Kediaman jenis semi-detached dua tingkat, berlokasi di Shah Alam, Selangor. Meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kumpulan pereka dari IDW, proses menyiapkan keseluruhan projek mengambil masa selama tiga bulan untuk disempurnakan. Kediaman ini tidak melibatkan sebarang proses renovasi yang merubah struktur dan pelan asal, hanya penambahan bahagian dinding dengan proses renovasi kosmetik serta binaan dapur yang tampil elegan. Inspirasi Dekorasi Seiring gaya hidup pemilik,

Read More >>

Mengapa Perlu Khidmat Pereka Bentuk Dalaman?

Kehebatan seseorang pereka dinilai melalui kepakaran mereka dalam melakar keindahan seiring praktikaliti sesebuah ruang. Berikut antara faktor utama keperluan seorang pereka untuk merealisasikan mahligai impian anda. 4. Penilaian Teknikal Sesuatu projek reka bentuk, kemahiran teknikal adalah satu kepakaran yang dapat dirunding oleh pereka yang berpengalaman. Ianya juga dapat memastikan tahap teknikal seperti pemasangan dan kualiti produk dapat dijaga serta mengikut piawaian yang bersesuaian dengan mutu. Penilaian ini memberikan pemilik hak sebagai pengguna dan pereka dapat mewakili pemilik dari segi kontrak dan teknikal.

Read More >>