Design Tips

Get tips & trick for Interior Design

Blog

10 TIPS MEMILIH AKSESORI

Padankan aksesori anda dengan gaya peribadi, dan pilih barang seperti permaidani lantai, throw cushion, karya seni, lampu, dan tanaman untuk menaikkan seri ruang.

Read More >>
Blog

Transformasi Total Banglo Lama

Banglo berkeluasan 6000 kaki persegi mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Perancangan reka bentuk ruang diilhamkan dengan mengambil kira bilangan penghuni, gaya hidup dan pengurusan ruang yang tepat dan ideal.

Read More >>
Blog

Mencipta Taman Impian Eryca

IDW melakar lestari impian di sanggar teduhan milik Eryca, membuktikan semuanya bukan hanya mimpi semata. Kini segalanya di depan mata dan dinikmati bersama keluarga tercinta. Tiada yang lebih indah daripada menyaksikan ruang landskap kediaman bermekaran indah flora dan fauna menghijau, menciptakan suasana damai dan  tenang. Lebih mengagumkan, binaan struktur taman direka mengikut gaya hidup pemiliknya. Masa lapang bersama sekeluarga bersantai di ruang yang selesa, segar dan menyenangkan.  “Rekaan yang mencipta eksterior yang cosy dan damai, IDW berjaya menterjemahkan keseluruhan idea, dan hasil seperti apa yang kami bayangkan. Kini, ruang ini adalah lokasi pilihan kami sekeluarga untuk mengisi masa lapang bersama.” –

Read More >>
Blog

Perkara Wajib Perlu Tahu Setelah Memiliki Kunci Kediaman

Perasaan teruja memasuki kediaman baru tidak dapat disangkal lagi. Impian yang kini bertukar realiti, kediaman yang bakal dihuni pasti sarat dengan pelbagai idea untuk diterjemahkan pada segenap ruang. Berikut dikongsikan  untuk mereka yang bakal menduduki kediaman baharu. Lakukan 9 perkara ini sebaik menerima kunci daripada pemaju hartanah. 1. Lakukan pemeriksaan keseluruhan ruang kediaman Tahukah anda pihak pemaju akan menanggung sebarang kerosakan rumah dalam masa dua tahun (24 bulan) selepas menandatangani dan menerima kunci. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti cacat cela atau kerosakan pada segenap ruang, termasuk dinding, pintu, cermin tingkap dan sebagainya. Anda tidak perlu mengeluarkan bajet sendiri, kerana sebarang

Read More >>
Blog

Perincian Wainscoting Masihkah Relevan?

Rekaan dinding berpanel atau wainscoting telah mendapat perhatian sejak tahun 2018 lagi. Pemilik kediaman boleh memilih reka bentuk dan jenis panel mengikut cita rasa dan bajet. Panel wainscoting boleh dibentuk daripada kayu padu, potongan kayu atau dari bahan plaster. Biarpun teknik ini sinonim dengan gaya dekorasi Eropah dan Inggeris, teknik wainscoting menjadi pilihan untuk memberikan rasa kontemporari dan penampilan elegan pada ruang kediaman. Ruang Tamu Ruang paling dominan menonjolkan rekaan wainscoting untuk menambah persona ruang. Untuk idea lebih segar, gabungkan rekaan wainscoting dengan pilihan karya seni atau wallpaper. Tentukan jika anda mempunyai tujuan tertentu contohnya ilusi ruang lebih luas atau memberi efek siling lebih tinggi. Anda boleh bereksperimen dengan pemilihan

Read More >>
Blog

Bagaimana Membina Mahligai Impian?

Legasi IDW – IDr Lokman Hakim & IDr. Rabiatul Adawiyah  Pereka duo yang menerajui legasi IDW Design & Build untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman memiliki mahligai impian. Membina dimensi baru dalam dunia dekorasi, IDW Design and Build terbentuk daripada minat, cita-cita dan tekad pengasasnya, IDr Hj. Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr Hjh. Rabiatul Adawiyah Rasol melestarikan impian. Berpengalaman lebih 14 tahun dalam industri reka bentuk dan rekaan kediaman serta komersial, pasangan ini sangat menitikberatkan fungsi, perhubungan dan timeless dalam melihat dan menilai sesebuah rekaan.  Pereka duo tersohor ini telah menyiapkan projek-projek kediaman dengan sentuhan magis tersendiri yang kini semakin kukuh

Read More >>
Blog

Inginkan Ruang Bergaya Moden Elegan

Persona keindahan kediaman milik Puan Rahimah, berlokasi di Tijani Ukay, Ampang. Ruang tamu diadun sempurna, susun atur dan pemilihan perabot yang praktikal bermain palet warna natural. Di kepung kehijauan dengan persekitaran bertemankan suasana alam, dilengkapi kolam buatan yang menyuntik damai, tersergam indah seni bina banglo di bawah pembangunan hartanah Tijani Ukay. Mengintai banglo milik Puan Rahimah tersergam indah yang menawarkan keseimbangan moden dan ketenangan yang sempurna, selain strategik berdekatan pusat bandar Kuala Lumpur. Ruang makan bermain rona alami, menggabungkan pilihan perabot daripada material kayu dan batu marmar. Kediaman dilatari warna putih yang mendominasi menyuntik impak moden malar segar. Ruang tamu

Read More >>
Blog

Kebimbangan Melantik Pakar Dekorasi?

Kenali 3 Masalah Utama dan Solusinya Apabila tiba masa untuk mengubah suai kediaman baru atau ruang komersial, ramai yang masih teragak-agak untuk melantik seorang pereka bentuk dalaman profesional. Berikut mungkin masalah yang pernah anda alami atau menghantui anda secara peribadi. • Anda tidak cukup MASA untuk menguruskan sendiri proses renovasi? • Anda pernah ditipu dan FOBIA berhadapan dengan pakar/ pereka bentuk? • Anda pernah berdepan dengan KONTRAKTOR yang mendatangkan pelbagai MASALAH? Jika semua kebimbangan ini berlegar di fikiran, anda tidak keseorangan. Tidak dinafikan, dengan adanya kemudahan carian Google, kita sendiri boleh menghias ruang dengan mudah tanpa khidmat atau rundingan daripada

Read More >>
Blog

5 Langkah Perlu Tahu Tentang Rekaan 3D

Mencipta Kualiti dan Ketepatan Visual Adakah anda merancang untuk menambah keluasan ruang sedia? Atau mungkin baru sahaja berpindah ke rumah baru dan merancang untuk mengubahsuai ruang kediaman? Tidak kira apa juga perancangan renovasi ruang kediaman, anda pastinya ingin setiap idea dapat direalisasikan dengan sempurna. Di sinilah peranan yang  paling tepat untuk mendapatkan idea secara visual melalui lakaran 3D. Tujuan utama visual 3D reka bentuk dalaman adalah untuk mendapatkan gambaran objek atau ruang dari perspektif yang berbeza. Untuk mencapainya, kepakaran pereka 3D menggunakan perisian khusus dalam mencipta perspektif ruang geometri, menambah penggunaan material, mencipta elemen pencahayaan semula jadi atau buatan, bahkan merangkumi

Read More >>
Blog

3 Material Countertop Dapur Terbaik

Marmar, Granite atau Kuarza? Keseimbangan antara ketahanan, estetik dan kos adalah faktor utama dalam menentukan material terbaik untuk countertop dapur. Pastikan pilihan material ini juga praktikal dan tahan lasak untuk jangka masa panjang. Granite Diperbuat daripada batu padu dan asli, granite sentiasa menjadi pilihan dan merupakan material permukaan kaunter yang lebih digemari kerana ia padu, tahan lama dan tahan lasak. Oleh kerana ia diperbuat daripada batuan semula jadi, tidak akan ada dua kepingan granit yang sama dan keunikkannya adalah elemen penambah nilai untuk keseluruhan reka bentuk dapur.  Granite merupakan material tahan panas, dan tahan lasak; yakni tidak mudah pecah, tahan calar atau

Read More >>