Our Blogs

Follow our recent post & activities

Blog

Benarkah Mengupah Pereka Bentuk Memerlukan Kos Yang Mahal?

Ramai yang menyimpan impian untuk memiliki mahligai idaman. Dilema apabila berhadapan dengan kekangan bajet, mengupah pereka bentuk dalaman tentunya agak berat dan memerlukan bajet tambahan. Persoalannya berbaloikah khidmat dan kepakaran seorang pereka bentuk dalaman? Walaupun anda memerlukan perbelanjaan tambahan, namun dalam jangka masa panjang, khidmat pereka bentuk dalaman profesional dapat menjimatkan masa, kos dan rasa kecewa.  Seorang pereka boleh memudahkan keseluruhan proses dari awal sehingga ruang bertukar wajah. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda meneliti dan membuat sedikit research  tentang latar belakang pereka terlebih dahulu untuk lebih memahami apa yang boleh dan tidak boleh lakukan, serta senarai sebut harga yang lengkap berkaitan

Lebih Lanjut »
Blog

4 Tips Pemilikan Kediaman Baharu

Memiliki kediaman yang serba lengkap dan indah menjadi impian semua dari kita. Sebelum merancang memiliki kediaman, berikut beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan nilai aset setanding pelaburan yang dilakukan. Pilih jenis kediaman mengikut jumlah penghuni untuk jaminan keselesaan. Pastikan kediaman pilihan terletak di lokasi strategik, dilengkapi  jaringan lebuh raya utama, sekolah, masjid, kedai serbaneka, ruang riadah dan sistem keselamatan yang terjamin. Jika merancang melakukan renovasi, kenal pasti keperluan ruang dan fungsinya buat penghuni. Pilih pereka yang boleh bekerjasama mengikut bajet dan cita rasa anda. Legasi Eco World – Hartanah Premium di Eco Ardence Eco Ardence berlokasi di Setia Alam,

Lebih Lanjut »
Blog

3 Legasi Hotel Mewah

Pandemik masih dirasakan. Biarpun tidak dapat menikmati percutian idaman, ilham dekorasi hotel diterjemahkan ke ruang peribadi untuk semangat kembara dirasai dengan pengalaman menyambut tetamu di setiap rangkaian hotel mewah tersohor ini. Segenap ruang dilabel stail ‘signature’ menonjolkan karakter dan identiti tersendiri. Nikmati keindahan tiga rangkaian jenama hotel mewah terkemuka dunia di dalam negara buat menyuntik ilham keindahan ruang kamar peribadi. Anantara Desaru Coast Resort & Villa  Anatara adalah jenama resort dan vila yang berasal dari Thailand sejak 2001, berstatus mewah dan kini sudah mempunyai cawangan serata dunia termasuklah Maldives, Mauritius, China, Cambodia, Thailand, United Arab Emirates, Malaysia dan beberapa buah

Lebih Lanjut »
Blog

5 Idea Kamar Beradu Ideal

Ibarat Syurga Cinta Kamar beradu ialah destinasi setiap penghuni memulakan dan mengakhiri saban hari. Ruang ini juga, syurga buat pasangan suami isteri mematri rasa. Ibarat ‘sarang cinta’, kamar beradu harus sentiasa terukir indah mempesona bagaikan di kayangan agar ikatan kasih yang dijalin kekal intim. Faktor  terpenting dalam memastikan sarang cinta membias rasa selesa dan sempurna, pilihan warna menyuntik rasa yang luar biasa. Berikut panduan memilih warna kamar beradu: Warna Pekat – Elakkan memilih spektrum warna hangat seperti merah, oren, atau merah jambu. Seleksi warna hangat akan mengalirkan tenaga panas keterlaluan yang tidak diperlukan tubuh ketika tidur dan akhirnya ruang memberi rasa

Lebih Lanjut »

Sentuhan Ruang Kontemporari Elegan

Kumpulan pereka berbakat daripada IDW Design and Build melakarkan sentuhan hebat di kediaman milik Puan Silawati. Kekal bermain spektrum warna mewah dalam menjelmakan penataan ruang bergaya kontemporari elegan.  Warna- warna sejuk sepert hijau dan kelabu menjadi latar spektrum palet kediaman. Kediaman jenis semi-detached dua tingkat, berlokasi di Shah Alam, Selangor. Meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kumpulan pereka dari IDW, proses menyiapkan keseluruhan projek mengambil masa selama tiga bulan untuk disempurnakan. Kediaman ini tidak melibatkan sebarang proses renovasi yang merubah struktur dan pelan asal, hanya penambahan bahagian dinding dengan proses renovasi kosmetik serta binaan dapur yang tampil elegan. Interaksi dua ruang diolah sempurna bermain

Lebih Lanjut »

Mengapa Perlu Khidmat Pereka Bentuk Dalaman?

Solusi buat anda yang merasa kecewa dengan pereka terdahulu, tidak ada masa menguruskan sendiri projek renovasi dan fobia bekerjasama dengan kontraktor. Kehebatan seseorang pereka dinilai melalui kepakaran mereka dalam melakar keindahan seiring praktikaliti sesebuah ruang. Berikut antara faktor utama keperluan seorang pereka untuk merealisasikan mahligai impian anda. 1. Penilaian Kos Adalah penting untuk setiap penilaian kos terhadap sesuatu projek reka bentuk mendapat rundingan oleh pereka. Ini penting untuk menjamin kualiti produk yang dibelanjakan adalah setara dan tahan lama. 2. Penilaian konsep Penilaian profesional terhadap ruang melibatkan interpretasi terhadap ruang dapat dilakukan dengan sebaik mungkin mengikut kehendak dan konsep asal pemilik.

Lebih Lanjut »
Blog

10 Tips Membina Kabinet Dapur Ideal

Banyak cara untuk mengemas kini dapur tanpa pelaburan besar. Hanya beberapa perubahan mudah, dapur bergaya seiring fungsi dan kegunaan efisien tercipta dalam sekelip mata. 1. Ukuran Dapatkan ukuran tepat. Buat lukisan skala ruang dapur termasuk pelan binaan kabinet yang diinginkan. Pelan binaan kabinet boleh diperolehi melalui buku, kedai hardware dan internet. Sebaiknya ukur kayu dua kali untuk mendapatkan ukuran tepat. 2. Rancang Ikuti langkah demi langkah rancangan yang telah ditentukan daripada awal. Sediakan pelan sokongan sebagai persediaan awal. 3. Material Terdapat pelbagai jenis material kabinet dapur yang menjadi pilihan antaranya adalah melamin, laminate, akrilik, 3G/4G glass, uv/uvg gloss dan carbon fibre. Untuk hasil yang

Lebih Lanjut »
Blog

5 Trend Dekorasi 2021 Menurut Ramalan Pakar

Ketahui trend dekorasi yang bakal popular sepanjang tahun 2021 menurut ramalan pakar dalam industri.   Estetika Indochine Gaya interior Indochine menonjolkan perpaduan gaya yang harmoni menggabungkan elemen nostalgia, rekaan tradisional Asia bersama perincian seni bina Perancis moden dan romantis. Gaya ini diperhebat dengan ilham kedesaan, tampil klasik namun sarat inspirasi dalam penyatuan gaya. Antara elemen utama yang menyuntik sempurna gaya Indochine ini seperti paparan bahan dan material daripada sumber alami, reka bentuk perabot, padanan warna dan pilihan aksesori yang unik. Eklektik Bohemia Sarat nilai estetika, gaya Bohemia atau Boho menonjolkan keunikan melalui pelanggaran aturan gaya, bersifat peribadi, serta eksotik dalam mencorakkan

Lebih Lanjut »
IDW Design