Langkah demi langkah sempurnakan kediaman

Syawal bakal tiba tidak berapa lama lagi, dirai penuh meriah bersama keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan. Tetamu yang berkunjung tiba membawa seribu satu kurnia dan berkat buat tuan rumah. Sambut atau merai kunjungan tetamu dengan susun atur perhiasan dan dekorasi ruang tamu serba indah buat meninggalkan bibit-bibit nostalgia.

Don’ts for living room

Manipulasi corak

Less is more!” Elakkan pertembungan terlalu banyak corak yang tidak berkaitan seperti gandingan motif flora dan geometri. Aplikasikan corak hanya pada pemilihan aksesori tertentu seperti fabrik kusyen, langsir dan kertas dinding.

Pembahagian ruang

Gunakan pilihan fabrik atau motif yang sama untuk sofa, kusyen dan kertas dinding bagi mencipta ilusi lebih luas dan lapang di ruang yang terhad atau sempit.

Dinding polos

Jangan biarkan sisi-sisi dinding sepi tanpa sentuhan menarik. Gantungkan karya seni untuk menerbitkan ruang lebih ‘bernyawa’. Jika kediaman beraliran moden, karya seni abstrak boleh dipertimbangkan.

Perabot berangkai

Elak memberi perabot lengkap atau siri yang sama di keseluruhan ruang tamu. Tinggikan tahap kreativiti anda dengan mengadun reka bentuk perabot; seperti sofa, meja kopi, ottoman, kerusi chaise lounge dalam pilihan reka bentuk berbeza dan balutan fabrik yang sama.

Rekaan perabot bersaiz dempak

Elakkan pilihan perabot berukuran melebihi 36 inci lebar atau tinggi. Pilih reka bentuk perabot yang dibuat dengan ukuran lebar, tinggi dan kedalaman yang betul untuk setiap skala ruang.

IDW Design