Kepentingan Menjaga Atap Rumah Anda

orange and gray painted roof under cloudy

Sebagaimana rambut seorang wanita diibaratkan sebagai sebuah mahkota, maka begitu juga dengan atap rumah kita. Ramai orang memandang anteng akan kepentingan menjaga bumbung/atap rumah. Meskipun itu, kadang-kadang kita alpa tentang fungsi bumbung sebagai pelindung utama daripada sebarang ancaman luar termasuk perubahan cuaca. Apabila bumbung rumah bocor, maka secara tidak langsung bahagian dalaman rumah juga akan ikut musnah.

Setelah kembali ke Malaysia pada tahun 2014, Daniel mencadangkan idea kepada bapanya, iaitu seorang Kontraktor Umum dengan pengalaman kerja selama 25 tahun yang mahir dalam struktur pembinaan bangunan. Beliau mendapat ilham daripada rekaan Bumbung Hijau Singapura yang menunjukkan binaan atap adalah sebahagian daripada kepakaran utama mereka dan sekaligus menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai syarikat Mr. Roof Sdn. Bhd. 

Oleh itu, apakah langkah terbaik bagi menjaga atap rumah kita?

Hubungi Pihak Profesional

Bumbung yang dibina dengan baik dapat bertahan sehingga 20 tahun. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi pemilik rumah untuk mendapatkan bantuan profesional. Hal ini kerana bumbung yang dibina dengan tidak mengikut prosedur dan kelengkapan yang tepat akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Terdapat tiga (3) perkhidmatan profesional yang disediakan oleh Mr. Roof:

  1. Pembaikan Bumbung (Roof Repair). Contohnya, memperbaiki kebocoran, dlll.
  2. Penyelenggaraan Bumbung (Roof Maintenance). Contohnya, mengecat semula bumbung. Cat bumbung hanya akan bertahan selama lima hingga enam tahun. Berdasarkan peredaran waktu, cat yang digunakan pada bumbung rumah akan mula pudar dan lapisan kalis air pula mula mengelupas. Walau bagaimanapun, isu ini agak berbeza untuk rumah tradisional. Hal ini disebabkan oleh penyelenggaran ini belum pernah dilakukan untuknya kerana faktor keselamatan. Sekiranya pelanggan tetap ingin menyelenggara bumbung mereka, maka mereka perlu mengubahsuai rekaan bumbung tersebut daripada rekaan tradisional kepada rekaan bumbung moden dan ianya akan mengubah rupa bentuk rumah tersebut. 
  3. Pelestarian Bumbung (Roof Rejuvenation); Bukan hanya taman, tetapi atap rumah juga memerlukan pelestarian. Kita boleh ibaratkan ia sama seperti kulit kita yang mana binaan bumbung rumah yang baik bertindak sebagai benteng pertahanan pertama daripada cuaca buruk. Bumbung rumah secara amnya boleh diperbaiki asalkan belum terlalu usang. Proses pelestarian atap rumah termasuk memperbaiki sendi, rabung, pinggul, dan bahkan mencuci seluruh bumbung dengan jet tekanan tinggi, serta menerapkan primer.

Cat dan Lapisan

Bumbung/ Atap rumah yang baik memerlukan sebanyak empat lapisan yang terdiri daripada lapisan kalis air, lapisan PU yang digunakan sebagai bahan kalis air elastik (tahan lebih lama) dan diikuti dengan dua lapisan cat. Jenama cat yang digunakan oleh Mr. Roof adalah Kansai yang terbukti kualitasnya mampu bertahan lama untuk kegunaan suatu tempoh masa yang panjang. Antara jenama yang banyak digunakan juga termasuk ACI dan Nippon.

Warna

color text
Photo by Magda Ehlers on Pexels.com

Warna terang akan membuat rumah menjadi lebih sejuk kerana bumbung/atap akan memantulkan keluar cahaya matahari daripada rumah, manakala warna hitam pula akan meningkatkan suhu sesebuah rumah. Oleh kerana itu, tuan rumah perlulah berhati-hati ketika memilih warna atap. Hijau gelap, biru tua, dan coklat tua adalah warna yang kerap kali menjadi pilihan masyarakat kerana warna tersebut tidak akan pudar selepas jangka masa yang lama. Meskipun, bumbung berwarna terang akan menyejukkan rumah, akan tetapi ianya bukanlah kegemaran orang ramai disebabkan oleh ciri-cirinya yang cepat pudar dan mudah kotor.

Bahan

art business color colorful
Photo by Pixabay on Pexels.com

Setiap bangunan memerlukan bahan yang berbeza. Hal ini kerana tidak semua bahan boleh digunakan  bagi semua keadaan. Contohnya, lapisan PU. Bumbung yang memiliki papak simen tidak boleh menggunakan lapisan PU kerana primer yang diperlukan hendaklah dilumurkan padanya terlebih dahulu sebelum bahan tersebut akan retak. Bagi situasi ini, sebuah bahan yang menyerupai karpet yang ber ketebalan 4 mm akan dipanaskan, kemudian dilekatkan di papak simen tersebut. 

Dinding Luar

a pink wall with windows
Photo by Mick Haupt on Pexels.com

Sehubungan itu, bukan hanya sebuah bumbung sahaja yang memainkan peranan penting, akan tetapi dinding luar juga berperanan besar dalam reka bentuk luaran dan dalaman rumah. Sebagai contoh, tuan rumah sering mengeluh mengenai air dari luar yang meresap masuk ke dalam bilik tidur mereka dan situasi ini menunjukkan bahawa dinding luar juga memerlukan dua lapisan cat kalis air bagi memastikan air tidak lagi meresap masuk ke dalam bilik tersebut. 

Maka dengan ini, tuan rumah disarankan untuk memilih kualiti bumbung yang baik. Terdapat sebilangan besar masyarakat yang berpendapat bahawa kos untuk membuat bumbung adalah terlalu mahal, namun sebenarnya, bumbung anda adalah sebuah pelaburan jangka panjang yang boleh bertahan sehingga 20 tahun akan datang. Bumbung adalah benteng pertahanan kita daripada ancaman bahaya, bencana alam yang datangnya daripada pengaruh persekitaran, udara dan cahaya matahari.

IDW Design
Explore
Drag