Gaya Langsir Penyeri Syawal

Langsir adalah salah satu elemen penting dalam dekorasi. Ia bukan sahaja membentuk titik fokal malah menjadi penentu atmosfera dan ambien keseluruhan ruang kediaman. Sama ada sarat perincian mewah, atau hanya ringkas dan polos. Kemasan tingkap ini juga gambaran personaliti tersendiri.

“Seiringkan fungsi dan gaya, bijak menentukan kemasan yang sesuai dan tepat, penampilan tingkap dengan kemasan sempurna mampu menyeri Syawal yang bakal tiba.”

1. Gaya Elegan Formal

Panel drapery mempunyai pelbagai gaya dan reka bentuk. Drapery adalah panel fabrik berlisu yang digantung pada rod. Jika bijak memilih fabrik yang bersesuaian, gaya ini mampu mencetuskan impak kemewahan.

2. Ilusi luas

Penggunaan langsir jenis sheer menambah sentuhan menarik antara ruang. Dengan struktur yang ringan dan jarang, membenarkan kemasukan cahaya maksimum.

3. Cantik dan trendy

Plantation shutters adalah pilihan terkini seiring trend semasa. Pilihan gaya ini boleh dilaras untuk menentukan kemasukan cahaya ke dalam ruang. Laraskan ram tingkap untuk mengawal jumlah kemasukan cahaya selain membenarkan aliran udara ke dalam ruang.

4. Karakter Inggeris

Gaya ini mudah dikenali melalui jenis motif fabrik. Jika ramai yang beranggapan motif flora penentu gaya Inggeris, sebenarnya tidak. Gabungan warna dan corak turut memainkan peranan menyerlahkan gaya Inggeris.

5. Alternatif dan dekoratif

Bidai roman adalah pilihan kemasan tingkap dekoratif selain roller blind. Terdapat pelbagai pilihan bidai roman yang boleh digayakan sama ada klasik atau hobbled.

IDW Design
Explore
Drag