Transformasi Total Banglo Lama

Pandangan dari arah depan menonjolkan seni bina kediaman bertukar rupa, lebih moden dengan sentuhan elemen baru.

Kediaman jenis banglo lama berlokasi di Petaling Jaya melalui transformasi secara total hasil lakaran seni bina dan sentuhan dalaman oleh kumpulan pereka dari IDW Design & Build yang diketuai oleh IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah yang sarat menonjolkan fungsi, nilai dan reka bentuk melangkaui imaginasi.

SEBELUM – Rupa asal banglo sebelum melalui proses total renovasi hasil sentuhan pereka dari IDW Design & Build.

Banglo berkeluasan 6000 kaki persegi mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Perancangan reka bentuk ruang diilhamkan dengan mengambil kira bilangan penghuni, gaya hidup dan pengurusan ruang yang tepat dan ideal.

Persembahan ruang ditata hias menarik menyaksikan gaya moden klasik mendominasi.
SEBELUMPenampilan ruang bersebelahan pintu masuk yang diberi suntikan menarik dengan perubahan struktur dinding bersebelahan binaan tangga.

Konsep rekaan menumpukan kepada 3 elemen utama yang menjadi tunjang perubahan wajah kediaman. Elemen-elemen ini merangkumi:

Ventilasi (pengaliran) udara

Perancangan ruang direka rapi untuk memastikan pengaliran udara dan cahaya menembusi segenap ruang kediaman.
SEBELUM – Major structure renovation melibatkan pecahan lantai untuk membentuk double volume ceiling yang menghubungkan terus pandangan aras atas dan aras bawah

Stack ventilation dengan reka bentuk tingkap louver menyediakan aliran udara secara semulajadi ke dalam ruang kediaman dengan menggunakan daya semula jadi yang muncul dari perubahan tekanan udara, suhu, dan tahap kepadatan antara persekitaran dalaman dan luaran yang sesuai ke dalam ruang kediaman.

Rekaan ini juga membawa aliran udara segar terus ke dalam ruang tanpa menggunakan sistem mekanikal dan memberi solusi penyejukan percuma dan mengurangkan penggunaan tenaga di dalam rumah (mengurangkan kos elektrik dan penyelenggaraan).

Pencahayaan semulajadi

Binaan tingkap kaca dengan reka bentuk maksimum mengundang cahaya semula jadi terus ke dalam ruang.

Sumber cahaya semulajadi; cahaya matahari yang mencukupi ke segenap ruang melalui kedudukan dan reka bentuk tingkap yang tepat dan mencukupi. Struktur ruang juga direka bebas ruang, menonjolkan konsep terbuka untuk mengalirkan cahaya dengan lebih berkesan untuk impak ruang lebih luas, lapang dan mengundang.

Double Volume Space

Rekaan siling double volume pada ruang lobi memberi impak ruang lebih luas dan berganda.

Reka bentuk asal dengan kedudukan siling yang agak rendah diatasi dengan mencipta siling double volume pada ruang lobi dari arah pintu masuk utama. Dengan mengubah struktur ketinggian menyediakan pandangan mata yang lebih luas dan memberi efek ruang terasa tinggi dan terbuka. Begitu juga ruang tamu, rekaan siling rendah diperhebat dengan mirror ceiling yang mencipta ruang tampak berganda.

“Reka bentuk dalaman bukan hanya cantik untuk dipandang, tetapi bagaimana seseorang pereka berjaya mengolah struktur kediaman asal namun kekal fungsi dan praktikaliti seiring gaya hidup pemiliknya.” – IDr. Lokman Hakim

INTERIOR

Ruang Tamu

Penggunaan mirror ceiling mencipta penampilan ruang berbeza, menambah karakter dan mengagumkan.
SEBELUM – Ruang tamu utama asal dengan kedudukan siling yang agak rendah menjadikan ruang kelihatan lebih kecil. Transformasi ruang menampilkan mirror ceiling yang memberi impak ruang tampil lebih luas dengan illusi berganda.

Pelan lantai terbuka (open space concept), menghubungkan ruang tamu utama dan ruang tamu kedua direka lapang tanpa sempadan. Hanya binaan panel dinding bersebelahan pintu masuk yang berfungsi sebagai feature wall daripada material kayu membentuk smart storage solutions dan hidden door ke ruang bersebelahan untuk memastikan ruang sentiasa kelihatan rapi dan kemas. Binaan panel kayu (timber strip) yang berfungsi sebagai penghadang turut menyediakan aliran cahaya dari arah double volume ceiling ke ruang bersebelahan anak tangga.

Ruang Dapur

Total transformasi ruang makan direka dengan pintu gelangsar kaca berbingkai untuk menyediakan pemandangan luar.

Ruang ini menyaksikan perubahan dengan penambahan saiz dan keluasan ruang daripada pelan lantai asal; bukaan siling asal membentuk double volume dengan pandangan terus daripada aras atas. Rekaan kabinet dapur, kaunter berpulau (kitchen island) dan ruang makan keluarga diperhebat dengan sumber cahaya semula jadi dengan binaan full height glass. Binaan spiral staircase direka untuk memastikan aspek privasi penghuni terjaga, terutama ketika menerima kunjungan tetamu. Menariknya pada bahagian bawah spiral staircase direka khas laundry dropbox untuk memudahkan anak-anak menempatkan pakaian kotor terus ke dalam laundry dropbox untuk dibersihkan.

Ruang Bilik

Masih mengekalkan rekaan louver untuk mengawal ke masukkan cahaya selain mengekalkan privasi ruang personal.

Mempunyai 5 bilik tidur, setiap ruang bilik direka universal tanpa mengkhususkan kepada umur dan jantina penghuni. Penggayaan ruang masih menumpukan kepada keluasan ruang dan elemen smart storage untuk memastikan keselesaan maksimum. Warna putih mendominasi segenap ruang bersama palitan elemen natural dengan penggunaan material lantai daripada kemasan American Walnut.

Eksterior & Landskap

Ruang santai masih mengekalkan open concept bagi memastikan pemilik mendapat pengudaraan dan cahaya semulajadi secukupnya.
SEBELUM – Bahagian luar sebelum proses transformasi yang membentuk ventilasi terbaik selain mengekalkan open concept.

Struktur dinding asal yang menutupi sebahagian ruang parkir kereta (porch) direka open concept dan double volume dengan menampilkan reka bentuk louver untuk mengawal kemasukan cahaya matahari dan dalam masa yang sama menghadirkan udara segar ketika bersantai di luar rumah. Penggunaan material less maintenance antara solusi terbaik untuk memastikan ruang eksterior tahan lama dan kekal menarik. Pintu pagar juga direka dengan dua laluan untuk memudahkan pemilik terutama ketika mengadakan majlis tertentu.

Binaan dua buah pintu pagar bagi memastikan privasi pemilik selain memudahkan ketika menganjurkan majlis keraian.
SEBELUM – Reka bentuk asal pagar dan seni bina banglo lama

“Rekaan kediaman ini bertepatan dengan jumlah penghuni. Sangat praktikal, mengekalkan privasi dan sesuai gaya hidup kami. Sesiapa sahaja yang masuk ke dalam rumah ini akan merasakan aura yang sofistikated. Walaupun tanpa pembantu rumah, keadaan ruang sentiasa kemas dan tak berserabut.” – Pemilik kediaman

IDW Design
Explore
Drag