Perlu Tahu Peranan Kemasan Lembut Sebagai Nadi Kediaman

Apabila tiba musim perayaan, pelbagai cara dicipta untuk memeriahkan sambutan. Tidak ketinggalan dalam menghias kediaman sebagai agenda utama buat menyuntik semangat dan keghairan dalam meraikan hari yang di nanti. Menjadi kelaziman, pilihan kemasan lembut sering menjadi tumpuan buat menaikkan seri ruang menjelang raya.

Kemasan lembut tampil sebagai nadi utama untuk menciptakan ruang kediaman kelihatan lebih cosy dan menyenangkan. Tidak hanya dapat menciptakan mood yang diinginkan, anda juga mampu menetapkan feel yang ingin diterjemahkan melalui seleksi pilihan kemasan lembut. Sama ada mahukan kesan formal atau santai, perabot dan padanan fabrik yang dipilih menjanjikan hasil dalam gaya mewah, opulence, warmth atau resort.

Asas Sebelum memilih fabrik

Hakikatnya membuat pilihan untuk jenis fabrik tidak hanya tergantung pada elemen fabrik itu sahaja. Adalah lebih baik mengambil kira faktor sedia ada; yakni konsep ruang sedia ada jika anda bercadang untuk membuat perubahan kecil. Berbanding jika ia melibatkan projek berskala besar, seperti ubah suai keseluruhan ruang tamu atau membina kediaman dari mula.

Pandangan pakar

Sebaiknya dapatkan pandangan pakar seperti pereka hiasan dalaman dan buat sedikit survey atau penyelidikan. Pencahayaan merupakan perkara utama yang memberi efek penting pada pemilihan fabrik yang dipilih. Justeru, tentukan sumber cahaya, pilihan lampu, jumlah watt pada mentol dan arah pencahayaan serta susun atur perabot.

Pilihan palet warna

Senaraikan terlebih palet warna yang menjadi pilihan anda. Ini kerana pemilihan fabrik perlu serasi dengan pilihan warna cat yang bakal melatari ruang kediaman. Jika anda merancang melakukan ubah suai berskala kecil, pastikan penggunaan warna ruang sedia ada adalah selari dengan pilihan fabrik baru.

Lantai dan siling

Warna lantai dan siling juga harus diberikan perhatian. Ruang berkeluasan kecil dan bersaiz besar ini secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil yang cuba ditonjolkan. Lihat kembali warna yang dipilih sama ada cerah, sederhana atau gelap. Kemudian seimbangkan melalui pilihan fabrik yang bakal disempurnakan nanti.

Bagaimana menentukan fabrik yang dipilih adalah tepat?

Perkara pertama adalah memilih jenis fabrik yang menjadi cita rasa anda. Namun pastikan kegunaan fabrik tersebut menepati fungsi sesebuah ruang. Contohnya jika anda menggemari fabrik jenis linen atau sutera, namun ia tidaklah praktikal untuk kegunaan keseluruhan ruang. Tiga perkara penting sebelum memilih fabrik adalah; bajet, kegunaan ruang dan gaya hidup anda.

Mix & match bersama aksesori

Ambal atau permaidani yang sering ditempatkan di ruang yang mempunyak aliran trafik yang tinggi seperti foyer dan ruang tamu. Pastikan pilihan fabrik yang tahan lasak untuk memastikan ia tahan lama. Pilihan yang baik adalah warna yang sedikit gelap agar tidak mudah terlihat kesan kekotoran. Manakala pilihan warna cerah mungkin lebih sesuai untuk ruang yang tidak terlalu sibuk dan sesak seperti kamar peribadi dan ruang persalinan. Tidak ketinggalan pemilihan kusyen dan throw. Anda boleh bermain dengan aneka pilihan, warna dan juga paten.

IDW Design
Explore
Drag