Perkara Wajib Perlu Tahu Setelah Memiliki Kunci Kediaman

Perasaan teruja memasuki kediaman baru tidak dapat disangkal lagi. Impian yang kini bertukar realiti, kediaman yang bakal dihuni pasti sarat dengan pelbagai idea untuk diterjemahkan pada segenap ruang. Berikut dikongsikan  untuk mereka yang bakal menduduki kediaman baharu. Lakukan 9 perkara ini sebaik menerima kunci daripada pemaju hartanah.

1. Lakukan pemeriksaan keseluruhan ruang kediaman

Tahukah anda pihak pemaju akan menanggung sebarang kerosakan rumah dalam masa dua tahun (24 bulan) selepas menandatangani dan menerima kunci. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti cacat cela atau kerosakan pada segenap ruang, termasuk dinding, pintu, cermin tingkap dan sebagainya. Anda tidak perlu mengeluarkan bajet sendiri, kerana sebarang kerosakan adalah daripada pemaju. 

Antara contoh kerosakan yang perlu dikenalpasti seperti rekahan pada bahagian simen plaster dinding, sapuan cat tidak sekata, permukaan lantai rekaan atau pecah terutamanya di ruang dapur dan bilik air, pintu melengkung, siling tidak sekata, tingkap tidak boleh dibuka, terlalu ketat ataupun berkarat, atap bocor, tangki air bocor dan sebagainya.

Pastikan anda tidak lupa 4 peralatan penting ini ketika membuat pemeriksaan defect:

  1. Pita pelekat: Lekat dan tandakan pada defect
  2. Pen Marker: Tuliskan jenis defect pada masking tape
  3. Buku Nota: Senaraikan kecacatan berserta lokasi supaya mudah utk cari.
  4. Kamera/Telefon bimbit berkamera: Ambil gambar kecacatan sebagai bukti.

2. Periksa semua pintu

Buka dan tutup pintu berkali-kali. Kunci pintu daripada dalam dan cuba buka dengan menggunakan kunci, terutamanya pintu masuk rumah, pintu belakang dan pintu setiap bilik. Pastikan ianya berfungsi dengan baik.

3. Kenal pasti jubin yang rosak dan tidak sekata.

X

Jubin yang dipasang tidak sempurna dapat dikenalpasti dengan cara mengetuk setiap satu bahagian permukaan jubin. Dari Sinai anda boleh tahu sama ada pemasangan jubin lompong dan kurang simen (hollow) atau dalam keadaan yang baik. Bahagian yang lompong perlu ditandakan dengan pita pelekat dengan tandaan X.

4. Hidupkan suis utama elektrik, periksa setiap satu suis

Pastikan setiap suis lampu, kipas, penghawa dingin, soket sama ada setiap suis dapat berfungsi dengan baik. Jangan lupa tutup semula suis utama ketika keluar daripada rumah.

5. Periksa meter air dan pili air

Pastikan meter air berfungsi dengan baik dan tiada tanda-tanda paip bocor. Kemudian, periksa setiap saluran air, sinki, tandas dan lain-lain utk pastikan tiada saluran yang tersumbat.

6. Tingkap, tangga dan pintu gelangsar

Buka dan tutup tingkap / sliding door anda beberapa kali. Pastikan tingkap dan dan pintu dapat dibuka dan tutup dengan sempurna. Cuba goyangkan pemegang tangga untuk memastikan ianya kukuh dan tiada rekahan di bahagian bawah pemegang tangga.

7. Kesan pada permukaan dinding

Periksa setiap dinding rumah sama ada terdapat tanda atau kesan keretakan, tidak rata, pecah dan sebagainya. Jika ada, tandakan dan ambil gambar sebagai bukti.

8. Pastikan pintu dan tingkap dikunci rapi sebelum meninggalkan rumah

Selepas anda lakukan pemeriksaan sekitar rumah. Pastikan sebelum balik, kunci semua pintu dan tingkap rumah ditutup dengan sempurna supaya dapat mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kes kecurian kabel dan harta benda lain. Hal ini kerana selepas pemilik menerima kunci, pemaju tidak akan bertanggunggjawab sekiranya berlakunya kecurian disebabkan oleh kecuaian pemilik rumah.

9.   Pilih kontraktor yang bertauliah

Setelah melakukan kecacatan dan pastikan setiap kerosakan sudah pun dibaiki oleh pihak pemaju. Kemudian pilih kontraktor yang bertauliah untuk proses ubah suai dan menghias kediaman idaman anda. Tidak perlu tergesa-gesa, kerana renovasi rumah memerlukan pelaburan yang besar.

Jika masih sangsi dengan khidmat pakar, tidak tahu anggaran bajet untuk proses renovasi, Artikel Benarkah Mengupah Pereka Bentuk Dalaman Memerlukan Kos Yang Tinggi dapat membantu menyediakan solusi buat anda.

IDW Design
Explore
Drag