Panduan Bermain Palet Hijau

Menyuburkan semangat, rasa harmoni dan kesejahteraan hidup, hijau sinonim memberi rasa segar dan mendamaikan.

Adaptasi rona hijau di ruang kediaman:

1. Kenal pasti dinding atau ruang yang mewakili warna tema keseluruhan kediaman. Kawasan utama harus mempersembahkan 30 peratus warna tema dengan 10 peratus (aksesori/ perabot) dalam rona lebih mendalam bagi mencapai estetika mata/ pandangan.

2. Teknik cat berlapis dalam rona hijau laut yang dikenali sebagai noncommittal. Boleh tambahkan objek dempak seperti seramik putih bersih, kayu asli dan rotan.

3. Mudah dan berkesan – hidupkan kediaman dengan spesis tumbuhan hijau yang mampu memberi ketenangan. Pilih daripada spesis yang tidak memerlukan penjagaan rapi di pojok kediaman.

Bijak menggabungkan reka bentuk perabot, latar dinding dan pemilihan aksesori dengan titik fokal pada rekaan sofa tiga tempat duduk dengan palitan fabrik baldu rona hijau.
Sofa hijau mendominasi penampilan ruang tamu, bersatu dalam kelompok spektrum sejuk dengan latar dinding dan rug menggunakan rona kelabu.
Keserasian rona hijau pada pilihan rekaan kerusi dan langsir, selain diperhebat oleh pilihan latar senada, pemilihan lantai kayu dan elemen tumbuhan indoor plant.
Wow impak dengan ilham reka bentuk kabinet menggunakan tema warna hijau, menampilkan ruang kelihatan segar, lapang dan selesa.
Syahdunya kala beradu ditemani latar dinding menggunakan kertas dinding bertemakan flora dan fauna semulajadi dalam palitan hijau lembut.
Tidak perlu keterlaluan dalam menonjolkan warna pilihan di ruang personal. Mainan hijau pada rekaan kepala katil menyuntik ambien mewah, sarat fungsi ruang.
Pemilihan tile jenis subway memukau pandangan yang bertindak sebagai feature wall di kamar personal.
IDW Design