Mencipta Taman Untuk Bersantai dan Keraian

Sempena Syawal yang bakal tiba, biarpun tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman disebabkan pandemik COVID 19 masih belum reda, jangan jadikan alasan untuk membiarkan Syawal berlalu sepi tanpa sambutan di kediaman sendiri.


Cipta suasana kemeriahan menyambut kunjungan tetamu di ruang laman kediaman. Paling penting adalah bagaimana perancangan asas yang baik boleh mewujudkan sebuah persekitaran taman yang redup (semi shade atau fully shade) untuk disesuaikan buat menganjurkan rumah terbuka yang meriah penuh persona.

Jenis-jenis perabot taman yang sesuai untuk aktiviti keraian:


1. Perabot dari kemasan fabrik sintetik dan kalis air – sesuai untuk keselesaan dan tahan lasak.

2. Perabot yang berat dengan sokongan tambahan – tidak mudah diterbangkan angin dan tahan lama untuk digunakan.

3. Penggunaan warna-warna ceria – bergantung kepada konsep dan tema majlis yang dianjurkan. Sama ada menggunakan pilihan bunga-bungaan segar, kusyen, aksesori meja dan sebagainya.

4. Mudah disimpan dan dialihkan – pastikan peralatan yang dipilih dalam penyediaan hidangan mudah diselenggara dan tidak membebankan.

5. Tidak memudaratkan – pastikan seleksi perabot kayu adalah berkualiti dan tidak daripada bahan kayu kasar (selumbar) yang bersifat mesra pengguna.


Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menganjurkan aktiviti di taman:

1. Pilihan dekorasi – tidak terlalu padat, sehingga mengganggu laluan dan pergerakan para tetamu yang hadir. Pastikan sesuai keluasan saiz taman.

2. Elakkan penggunaan cahaya lampu yang panas kerana boleh merosakkan tumbuhan dan tanaman sedia ada.

3. Kesesuaian masa – Amat penting untuk menentukan impak suasana (ambien) yang hendak ditampilkan, selain kelancaran majlis.

4. Sistem audio – kelengkapan elektrik yang sempurna untuk mengelakkan daripada berlakunya litar pintas dan keupayaan voltan yang sesuai.

5. Plan ‘B’ – sekiranya perubahan cuaca yang memerlukan teduhan dan ruang yang baik (hujan dan panas terik)

IDW Design
Explore
Drag