Mencipta Taman Impian Eryca

IDW melakar lestari impian di sanggar teduhan milik Eryca, membuktikan semuanya bukan hanya mimpi semata. Kini segalanya di depan mata dan dinikmati bersama keluarga tercinta.

Tiada yang lebih indah daripada menyaksikan ruang landskap kediaman bermekaran indah flora dan fauna menghijau, menciptakan suasana damai dan  tenang. Lebih mengagumkan, binaan struktur taman direka mengikut gaya hidup pemiliknya. Masa lapang bersama sekeluarga bersantai di ruang yang selesa, segar dan menyenangkan. 

“Rekaan yang mencipta eksterior yang cosy dan damai, IDW berjaya menterjemahkan keseluruhan idea, dan hasil seperti apa yang kami bayangkan. Kini, ruang ini adalah lokasi pilihan kami sekeluarga untuk mengisi masa lapang bersama.” – Eryca

Tip Membina Taman Mini:

  1. Bahan– Tukarkan Taman yang lama dengan medium tanaman yang baru. Susun lapisan batu kerikil besar, batu kecil, pasir dan tanah atas (top soil) sebelum penanaman semula. Batu kerikil akan bertindak sebagai bahan tapisan untuk saliran yang baik dan sempurna. Semua disusun dalam nisbah 1/4.
  2. Saliran – Sediakan ruang saliran air keluar di mana-mana bahagian taman yang lebih rendah dari aras tanah
  3. Jenis tanaman – Tanam tumbuhan baru mengikut saiz dan hirarki (yang besar di belakang atau tengah, manakala tanaman yang kecil di bahagian tepi dan sekeliling)
  4. Siraman – Siram tanaman dua kali sehari dalam jumlah yang minima tetapi rata dan sekata.
  5. Baja – Jangan tabur baja kepada tanaman baru sehingga ia betul-betul serasi dan kuat di kawasan tersebut. 
  6. Proses – Potong bahagian daun yang lebat atau ranting bagi membantu pertumbuhan akar baru dengan lebih cepat.

IDW Design