IDW FREE DESIGN?

Akibat pandemik Covid 19, ramai yang terkesan, sama ada hilang pekerjaan atau hanya bekerja dari rumah. Ini langsung mengubah norma baru untuk gaya hidup di mana ruang kediaman digunakan sepenuhnya oleh seisi keluarga. Konsep #stayathome kini sinonim untuk menggambarkan kehidupan kita di rumah; tidur, makan, dan bekerja.

Tidak sesekali orang menyangka bahawa kediaman mereka akan menjadi tempat untuk berkerja setiap hari. Bertitik tolak daripada ini, IDW mengambil inisiatif memperkenalkan “E- BOOK FREE DESIGN” untuk membantu mengubah dan mencapai gaya hidup berkualiti yang menjadi impian semua orang.

Harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sebuah rekaan yang menarik dan sempurna?


Setiap rekaan hadir dengan perincian yang lengkap untuk mencipta keindahan sesebuah ruang. Di IDW kami bersedia untuk membantu! FREE DESIGN bernilai Lebih RM15K, disediakan secara percuma untuk dimuat turun oleh semua pencinta dekorasi.

BAGAIMANA FREE DESIGN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH RUANG?

1. Tiada garis panduan dari pakar dekorasi – Kerjasama dan bimbingan daripada pakar dekorasi akan melancarkan keseluruhan proses, sama ada renovasi mahupun sentuhan interior ruang kediaman.

3. Cuba design sendiri tapi habis cacar marba – seringkali perasaan teruja untuk memasuki rumah baru, mendorong ramai pemilik kediaman mengambil langkah mudah melakukan sendiri proses mencantikkan ruang kediaman. Akibatnya tanpa bimbingan daripada pakar, pelbagai masalah akan melanda.

4. Inspirasi rekaan dari google tapi kontraktor kurang arif dengan konsep reka bentuk – Dengan hanya carian melalui google atau aplikasi deko, namun tidak akan sama dengan khidmat rundingan secara terus bersama pakar dekorasi.

5. Client tidak jelas dengan apa yang mereka inginkan – Kadangkala, kurang arif dengan tema atau gaya pilihan akan menyebabkan pemilik tidak jelas dengan apa yang mereka inginkan. Akhirnya hasil yang diperolehi tidak mencapai ekspektasi sendiri.

TIPS MEMBENTUK RUANG IDEAL DAN SEMPURNA

Skala Ruang – Pemilihan saiz kabinet tidak sesuai menyebabkan ruang menjadi tidak tersusun dan sempit! Solusi penstoran bijak adalah langkah terbaik untuk penyelesaian skala ruang terutamanya ruang terhad.

Susun Atur – Susun atur ruang dan pengurusan trafik yang tidak praktikal. Hubungan antara ruang tidak direka sebaik mungkin akan mengakibatkan ruang tidak selesa dan tampil tidak menarik.

Warna – Penggunaan skema warna yang bercampur aduk, tidak harmoni dan kurang menarik. Akhirnya memberi kesan pada keseluruhan penggayaan ruang

Fungsi Ruang – Ruangan tidak digunakan sebaik mungkin mengikut fungsinya. Ruang makan dan ruang dapur contohnya, tidak dibezakan penggunaan ruang akan menyebabkan ruang menjadi sesak untuk aktiviti rutin di dapur.

IDW Design
Explore
Drag