Impak Wow Ruang Kondominium Berkeluasan Terhad

Nuansa gemilang jalinan warna alami dan pop bersatu mendefiniskan penggayaan ruang tamu serba sempurna dan indah.

Percanggahan warna pop bersulam sentuhan moden klasik dengan padanan perabot dan aksesori bereka bentuk kontemporari mencipta impak dekorasi malar segar. Dengan bantuan profesional, daripada kumpulan pereka IDW Design & Build, seluruh ruang kondominium milik pasangan Aladib Abdul Mutalib dan isteri, Rashida Abd Rashid tampil mengagumkan dengan sentuhan yang melakar ekspresi jiwa di syurga mahligai berlokasi di nadi kota raya.

Keluasan terhad tampil luas

Bertunjangkan sentuhan moden klasik, ruang kondominium berkeluasan 1200 kaki persegi kini sedia untuk didiami. Simbahan palet natural bersulam warna-warna pop diadun sempurna dengan pilihan perabot, aksesori dan karya seni yang melatari ruang. Kamar tamu diterjemah secara konvensional mempersembahkan chesterfield tiga tempat duduk disuntik nafas baru bersama sepasang armchair menggunakan fabrik velvet rona pop hijau.

Keluasan ruang terhad memberi cabaran buat pereka untuk menjelmakan ruang terlihat luas dan lapang.
Ruang makan memukau dengan pilihan kerusi menggunakan Kemasan fabrik velvet daripada warna pop lime green.
Solusi bijak pembahagian ruang dapur dan ruang makan yang dipisahkan dengan binaan panel kaca berbingkai aluminium yang memberi refleksi ruang berganda.

“Sebelum membuat keputusan memilih IDW, kami ada membuat perbandingan dengan beberapa pereka. Tapi IDW adalah pilihan pertama. Sememangnya tidak rugi kami memilih IDW. Pilihan yang tepat untuk mencipta magis ruang kediaman impian.” – Aladib – Pemilik kediaman.

Pilihan backsplash efek 3D memberi dimensi dan perspective berbeza pada penampilan ruang dapur.
Perincian doorknob kabinet bersepuh emas menyuntik elemen elegan dan kemewahan di ruang dapur.

“Kita mahukan gaya moden klasik, dan IDW terjemahkan gaya pilihan kita dengan sempurna. Saya dan isteri sangat-sangat berpuas hati. Kalau ditanya berapa bintang dengan kualiti dan hasil kerja IDW, kami boleh samakan dengan semua bintang-bintang di langit. IDW sememangnya terbaik!”

Kamar beradu utama masih didominasi rona alami, namun diperhebat dengan rona emas untuk membangkitkan aura positif di ruang personal.
Bersaksikan panorama kota raya Kuala Lumpur mengilhamkan ruang bergaya kontemporari seiring cita rasa dan gaya hidup pemiliknya.
Kamar anak dibiarkan polos namun praktikal dan menarik ditemani panorama bangunan pencakar langit ibu Kota.

“Keluasan ruang kondominium ini adalah terhad. Dengan sentuhan bijak dari pereka IDW, ruang tampak lebih luas. Dengan pilihan warna, perancangan ruang, reka bentuk perabot dan susun atur yang rapi, hasilnya sangat wow!” – Rashida – Pemilik kediaman.


Tips Accessorize with Gold!

Perhatikan pilihan dulang, pasu dan seleksi kusyen gabungan rona emas membangkitkan aura kemewahan dan glamor di ruang utama kediaman.

⁃ Emas dipercayai mampu mengalirkan tenaga positif kepada ruang. Cantumkan kilauan emas di setiap penjuru yang polos (kosong) untuk efek yang lebih memukau.

⁃ Bagi mencipta impak dramatik glamor, hanya hadirkan sebilangan kecil sahaja unsur metalik ke dalam ruang kediaman, seperti bingkai meja atau kerusi, bingkai cermin atau kaki Lilin.

⁃ Perincian sulaman emas pada sarung kusyen atau bantal menambah keanggunan paparan wajah ruang.

⁃ Percaturan warna neutral dan alami gandingan latar dinding, material dan tekstur perabot diperhebat dengan pilihan aksesori bereka bentuk bold dan sepuhan emas sebagai pemencah dimensi.

https://youtu.be/xUxQf5VPq80

IDW Design
Explore
Drag