10 Strategi Dapur Lebih Sistematik

Mencipta dapur impian bermula dengan strategi rangka pelan dan susun atur seimbang. Ini mengambil kira corak kerja untuk menterjemahkan ruang dapur lebih berorganisasi, pragmatik, praktikal dan tentunya berkarakter!

Sebenarnya, organisasi dapur dibina seiring fungsi dan gaya hidup pemiliknya dengan penentuan reka pelan, peralatan elektronik dan perkakasan wajib seperti ketuhar, peti sejuk, kabinet dapur, laci dan rak berpara. Penghuni hanya perlu bijak memanipulasi ruang dengan susun atur berpaksikan pecahan zon sedia ada.

Tips dapur rapi:

1. Alihkan tumpuan dengan membina rak berpara. Kunci organisasi dapur yang baik adalah merancang, menangani ruang sedia ada dan mengemas kini dengan lebih baik.

2. Buang barang yang sudah tidak digunakan. Rancang setiap pembelian barang dengan lebih bijak.

3. Beli peralatan atau gajet dapur multi fungsi untuk mengawal lambakkan barang sedia ada.

4. Bina dapur mengikut pergerakan kerja agar seimbang dan selamat. Ini kerana corak kerja dapur anda tidak semestinya sama dengan individu lain.

5. Bina kabinet tinggi mencecah siling agar tidak berlaku pembaziran ruang yang hanya menjadi tempat pengumpulan habuk.

6. Wujudkan sistem laci berukuran dalam untuk ruang khas penyimpanan periuk dan kuali.

7. Jika ruang dapur agak sempit atau terhad, bina kaunter berpulau yang dilengkapi penunu, sinki dan kabinet bakal bersekali ruang makan. Selain menjimatkan ruang, ianya memberi interaksi dapur lebih lancar terutama ketika menerima kunjungan tetamu.

8. Pilih bahan sistem kabinet yang lasak, seperti penggunaan metal dan aluminium agar penyelenggaraan lebih mudah dan jimat masa.

9. Jarak antara peti sejuk dan sinki harus dibina dengan jarak dekat. Ini bagi memastikan sistem kerja efisyen dan mengelakkan permukaan lantai tidak mudah kotor.

10. Aturkan barang runcit berbau; seperti cili kering, belacan di dalam satu kabinet tertutup dan berpintu bagi mengelakkan barang runcit lain tidak tercemar atau rosak.

IDW Design
Explore
Drag